jiwa yang mudah tersentuh kebelakangan ini..rimas dengan adu domba..ingin lari dari gossip ..lari dalam penglibatan gossip..ingat tentang kematian yang kini sebenarnya menanti kita..dan kita pula tak tau bila..
lari dari sebarang jenis gangguan..cuba memuaskan ati semua org..tapi hati kita..insyallah
sesungguhnya allah sahaja yang mengetahui
ya allah rahmati hambamu ini ya allah..yang tak pernah putus dengan membuat dosa..limpahi kurnia rahmat mu keatas setiap ahli keluargaku dan orang2 yang kukasihi..engkau tuhan yang mencipta sekalian alam..engkau tuhan yang maha mengasihani..yang berkuasa menentukan segala-galanya..menjadikan apa sahaja yang engkau kehendaki...menjadikan malam dan siang..langit dan bumi..perempuan dan lelaki..
antara perempuan dan lelaki ini ..engkau telah kurniakan satu rahmat dan nikmat antara mereka..perasaan kasih sayang dan cinta..yang tulus yang suci...jodoh yang sudah termaktub dalam loh mahfuz..perkahwinan sebagai ikatan suci yang sah..utk melahirkan benih cinta dan juga umat nabi muhammad..kekasihmu..
perasaan cinta kasih dan sayang ini sungguh nikmat..sunguh indah..tetapi ..ku tahu ianya adalah sementara..dan tidak abadi dan cinta yang kekal abadi adalah cinta kepadaMu ya allah..
betapa sedih kalu nanti terpaksa meninggalkan suami yang tercinta dan anak yang dikasihi apabila menyahut seruan Mu kelak..ya aku rasa aku perlu bersedia..kerana hidup pasti lawannya mati..dan dunia ini hanya la tempat sementara..tempat mengumpulkan bekalan..destinasi terakhir kita adalah disana..namun cukupkah amal ibadat ku..bagaimana dosa2 ku yang belum terampun
mengejar kemewahan yang takkan pernah sudah...mencari wang ringgit untuk mememuaskan nafsu yang tak pernah puas...sesungguhnya wang ringgit hanyalah daki dunia semata-mata..carilah aku sebanyak mana pun duit itu.takkan pernah puas di hati..ya allah ampuni dosaku..akal yang Engkau kurniakan..terkadang aku lupa untuk menggunakannya..umpama binatang lah layaknya aku apabila lupa menggunakan akal kurnianmu ini
ya allah..betapa kecil dan hina nya aku ya allah..tetapi rahmat dan kurniamu tak berhenti2 mencurah..tanda kasih mu padaku..namun aku terkadang lupa..ya kerana aku manusia..ciptaan mu yang memang Engkau cipta tidak sempurna..agar kami manusia sedar..namun tidak juga terjadi...ya allah ampuni lah dosaku...ya allah
manusia dan aku yang juga manusia lupa dengan keesaan mu ya allah..ilmu yang kami perolehi..yang aku perolehi..hanyalah sekadar setitis air dari lautan..manakala kebijaksanaan mu lebih dari banyaknya air dalam lautan di bumi mu ini ya allah
ya allah ..ku mohon agar matiku dalam iman dan islam..dan bangkitku nanti sewaktu perhitungan juga dalam iman dan islam..jauhi aku dari kesesatan dan kesyirikan ...dan begitu juga dengan ahli keluargaku dan orang2 yang kukasihi
ya allah ......................................
No comments:
Post a Comment